Apa pendapat mereka-mereka yang dah kawin? Betul ke tak ayat-ayat
cinta nie? Sebelum Tido: 6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi
indah-2 ya, mmmuach. 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah. 6
tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bo...le ker???! More
than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan
anak2…hahaha Baca lagi untuk ayat-ayat cinta terbaik ~~~ Pakai
Toilet: 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 6 bulan:
Masih lama lagi ke nih? 6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu
digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!! Balas SMS: 6
minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak
favourite U ye Sayang.. 6 bulan: Trafik jam aah 6 tahun: K.. 16 tahun :
…………………. (tak balas terus!!!) hehehe…. Dating process: 6 minggu: I
love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun:
Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??? More Than
10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut…. Pulang Kerje: 6
minggu: Sayaaang, I dah balik nih… 6 bulan : I’m BACK!! 6 tahun: Masak
apa hari ini?? Hadiah (ulang tahun): 6 minggu: Sayang, I harap U suka
cincin yang I beli untuk U ni 6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai
dengan suasana ruang tengah 6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U
nak.. More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm
budak2 jer.. Telefon: 6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U
di telefon nih 6 bulan: Eh… Your call… 6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI
TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!! Masakan: 6 minggu: Wah, tak sangka I,
pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! ! 6 bulan: Kita makan apa malam
ini?? 6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI? 10 Than 10 Years : Today balik
lambat, I makan kat luar ngan kengkawan… Memaafkan: 6 minggu:
Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh 6
bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh. 6 tahun: Orang dah bilang berkali-2
pon tak paham!! Baju baru: 6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari
dengan pakaian itu 6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi? 6 tahun: DAH
BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU??? Merancangkan Holiday: 6 minggu:
Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak
honey? 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu
naik flight… 6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE?
BUANG DUIT JE! TV: 6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah. 6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK
.. More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…
25 April 2011
NOVEL K@K! NOVEL
“Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara."
"Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang.
Sehari tak pandang, mulalah jadi gila bayang."
07 April 2011
Rela Ku Tersiksa Demi Mu
Sewaktu Boy dan Girl di awal percintaan, Boy
melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl.
Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya. Girl
dan Boy merasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.
Tetapi
entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk
berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di
kota Paris tempat impiannya selama ini.
Sewaktu
Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy,
Girl memberitahu Boy, “Kita harus
melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah
kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu
terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah
berkahwin!”
Setelah
Girl ke Perancis, Boy telah bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh
berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan
sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaan dilakukann dengan tekun
dan hati yang cekal.
Selang beberapa tahun...
Berkat
usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman akhirnya Boy berjaya memiliki
sebuah syarikat yang berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya,
tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan
gadis yang pernah bertapak dihatinya.
Di
suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanya melihat sepasang suami isteri
tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl! Hati Boy
berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai
kereta sendri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri.
Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini
adalah seorang majikan yang kaya raya.
Boy
memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut. Hujan
terus turun tanpa henti, biarpun kedua orang tua itu memakai payung, tetapi
badn mereka tetap basah kerana hujan. Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy
tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah
perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah
kubur.
Boy
melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya. Di
samping kuburnya yang kecil. Tergantung burung-burung kertas yang pernah
dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan hidup.
Orang
tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “
Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga.
Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang
harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan
yang dia sangat mencintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan
berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya,
dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi.”
Boy
lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan
begitu sedih sekali. Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi
sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus.
Subscribe to:
Posts (Atom)