Blogger Backgrounds

21 June 2011

Adakah Kau Percaya?

Jika kau bertanya padaku,
 Adakah aku rindukan dirimu?
 Dan aku menjawab,
 " Aku rindu padamu.."
 Adakah kau percaya? 

Dan jika kau bertanya lagi padaku,
Adakah aku rindukan dirimu?
Dan aku menjawab,
"Lihatlah pantai itu...
Tidak pernah ia menghilang,
Tetap teguh dan setia pada ombak,
Walau kadang rajuk dan hilang pasirnya,
Kerna kasar dan ganasnya ombak,
Tetap setia tidak kemana,
Begitulah rinduku padamu"
Adakah kau percaya?

Dan jika kau bertanya lagi padaku,
Adakah aku rindukan dirimu?
Dan aku menjawab,
"Cuba tanya pada siang dan malam,
Tidak pernah ia melupakan antaranya,
Sentiasa merindu hingga akhir dunia,
Rindu yang tak pernah jemu,
Begitulah rinduku padamu"
Adakah kau percaya?


20 May 2011

Kucing Bermata Satu.....



TAWAU : Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

15 May 2011

Aishiteru - Menunggu


 
 
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru


hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

25 April 2011

Gelagat Hidup Perkahwinan....

Apa pendapat mereka-mereka yang dah kawin?   Betul ke tak ayat-ayat cinta nie?   Sebelum Tido: 6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach. 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bo...le ker???! More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha   Baca lagi untuk ayat-ayat cinta terbaik ~~~   Pakai Toilet: 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 6 bulan: Masih lama lagi ke nih? 6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!   Balas SMS: 6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.. 6 bulan: Trafik jam aah 6 tahun: K.. 16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….   Dating process: 6 minggu: I love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??? More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….   Pulang Kerje: 6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih… 6 bulan : I’m BACK!! 6 tahun: Masak apa hari ini??   Hadiah (ulang tahun): 6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni 6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah 6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak.. More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..     Telefon: 6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih 6 bulan: Eh… Your call… 6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!   Masakan: 6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! ! 6 bulan: Kita makan apa malam ini?? 6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI? 10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…   Memaafkan: 6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh 6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh. 6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!   Baju baru: 6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu 6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi? 6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???   Merancangkan Holiday: 6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey? 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight… 6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!   TV: 6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini? 6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah. 6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK .. More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…


NOVEL K@K! NOVEL


 “Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara."



"Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang.
Sehari tak pandang, mulalah jadi gila bayang."
 
 

07 April 2011

Rela Ku Tersiksa Demi Mu


Sewaktu Boy dan Girl di awal percintaan, Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl. Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya. Girl dan Boy merasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.
    Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannya selama ini.
   Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy,  Girl memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin!”
      Setelah Girl ke Perancis, Boy telah bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaan dilakukann dengan tekun dan hati yang cekal.
                   Selang beberapa tahun...
       Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat yang berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak dihatinya.
     Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl! Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan yang kaya raya.
    Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut. Hujan terus turun tanpa henti, biarpun kedua orang tua itu memakai payung, tetapi badn mereka tetap basah kerana hujan. Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur.
   Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya. Di samping kuburnya yang kecil. Tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan hidup.
     Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “ Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat mencintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi.”
    Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali. Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus.
    “ Boy rindukan Girl dan akan terus mencintai Girl selama-lamanya. Kerana hati Boy hanya untuk Girl sehingga akhir hayat Boy. Boy akan teruskan hidup Boy demi impian Girl. Boy berjanji, demi Girl yang amat Boy kasihi dan cintai seumur hidup Boy.”     


21 March 2011

Lawak Ujang

Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer. One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..

" Amer.. nok ujang.."

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer.

"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.


" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer.


"Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.


"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??" Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.


"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.