TAWAU : Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk
di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya
melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.
Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan
anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu
kucing itu melahirkan anaknya.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi
di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing
yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.
“Sebaik
diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila
mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,”
katanya ketika Harian Metro, semalam.
Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.
No comments:
Post a Comment