Blogger Backgrounds

21 June 2011

Adakah Kau Percaya?

Jika kau bertanya padaku,
 Adakah aku rindukan dirimu?
 Dan aku menjawab,
 " Aku rindu padamu.."
 Adakah kau percaya? 

Dan jika kau bertanya lagi padaku,
Adakah aku rindukan dirimu?
Dan aku menjawab,
"Lihatlah pantai itu...
Tidak pernah ia menghilang,
Tetap teguh dan setia pada ombak,
Walau kadang rajuk dan hilang pasirnya,
Kerna kasar dan ganasnya ombak,
Tetap setia tidak kemana,
Begitulah rinduku padamu"
Adakah kau percaya?

Dan jika kau bertanya lagi padaku,
Adakah aku rindukan dirimu?
Dan aku menjawab,
"Cuba tanya pada siang dan malam,
Tidak pernah ia melupakan antaranya,
Sentiasa merindu hingga akhir dunia,
Rindu yang tak pernah jemu,
Begitulah rinduku padamu"
Adakah kau percaya?


20 May 2011

Kucing Bermata Satu.....



TAWAU : Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.