Sewaktu Boy dan Girl di awal percintaan, Boy
melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl.
Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya. Girl
dan Boy merasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.
Tetapi
entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk
berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di
kota Paris tempat impiannya selama ini.
Sewaktu
Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy,
Girl memberitahu Boy, “Kita harus
melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah
kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu
terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah
berkahwin!”
Setelah
Girl ke Perancis, Boy telah bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh
berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan
sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaan dilakukann dengan tekun
dan hati yang cekal.
Selang beberapa tahun...
Berkat
usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman akhirnya Boy berjaya memiliki
sebuah syarikat yang berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya,
tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan
gadis yang pernah bertapak dihatinya.
Di
suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanya melihat sepasang suami isteri
tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl! Hati Boy
berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai
kereta sendri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri.
Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini
adalah seorang majikan yang kaya raya.
Boy
memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut. Hujan
terus turun tanpa henti, biarpun kedua orang tua itu memakai payung, tetapi
badn mereka tetap basah kerana hujan. Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy
tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah
perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah
kubur.
Boy
melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya. Di
samping kuburnya yang kecil. Tergantung burung-burung kertas yang pernah
dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan hidup.
Orang
tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “
Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga.
Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang
harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan
yang dia sangat mencintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan
berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya,
dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi.”
Boy
lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan
begitu sedih sekali. Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi
sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus.
4 comments:
sdihnye..(~_~)
mmg sedih
ssh nk cr yg cmnie..
mmg pun....
Post a Comment